Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Kesihatan Sedunia (WHA) sesi ke-75 dan mesyuarat lembaga eksekutif sesi ke-151, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dari 22 Mei hingga 30 Mei ini.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM Khairy yang disertai Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dan pegawai-pegawai kanan KKM berlepas ke Geneva, pada Khamis.